Monday, June 13, 2016

From Zero To Hero : Anak Istimewa Wan Mohd Fahmi


WAN Muhammad FAHMI, 13 tahun pelajar Kelas pendidikan Khas, SMK CHERAS JAYA.
Wan Fahmi anda HERO! Sudah pasti kegigihan anda akan menjadi INSPIRASI bagi pelajar-pelajar lain, terutamanya pelajar keperluan khas. Anda juga bertuah mendapat ibu bapa yang tidak kenal erti berputus asa. Ibu bapa yang sentiasa menyokong anda. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada Wan Fahmi, kedua ibu bapanya Encik Wan Faizal dan Puan Syahziyan kerana mengizinkan saya berkongsi cerita putera mereka. 



Wan Fahmi dilahirkan secara pembedahan kerana komplikasi lemas semasa dalam kandungan. Fahmi membesar seperti kanak-kanak lain. Dia menghadiri tadika dan sekolah rendah biasa.
Walau bagaimanapun, sehingga umur 11 tahun, Fahmy masih belum pandai membaca.

Atas nasihat seorang guru, ibunya, Puan Syahziyan, menghantar Fahmi ke Kelas Cepat Membaca Cik Ani, di Taman Rakan, Cheras.


Pn Rohanie Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani, berpengalaman mengajar kanak-kanak kecil membaca menggunakan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku untuk bahasa Melayu dan Readeasy Phonics untuk bahasa Inggeris di bawah program perlesenan PHONICSMART.

Beliau juga diminta mengajar murid-murid corot Sk Taman Rakan, Cheras, membaca oleh Pn Hoe Yoke Mei ,  guru Besar ketika itu. InsyaAllah di entri akan datang akan saya ceritakan pengalaman dan kejayaan Cik Ani.

Wan Fahmi mula mengikuti Kelas Membaca Cik Ani ketika di Tahun 5. Pada masa itu Fahmi hanya kenal nama-nama huruf abc dan mampu 'menulis' ( menyalin semula perkataan ). Cik Ani mengajar Fahmi bunyi-bunyi huruf dan membaca dengan menggabung bunyi. Fahmi juga diajar menulis pada masa yang sama. Fahmi menghabiskan buku 1-8 Bacalah Anakku dalam masa 36 jam. Cik Ani kagum dengan dedikasi Fahmi yang luar biasa dan sokongan keluarganya yang berterusan. Itulah resepi kejayaan!

Walaupun pun sudah tamat dan mampu membaca namum Fahmi meneruskan kelas dengan Cik Ani sehingga sebelum UPSR, supaya lebih lancar membaca dan boleh menulis dengan lebih baik. Pada masa itu juga Fahmi  dimasukkan ke Kelas Pendidikan Khas.

Kini Fahmi sudah lancar membaca bahasa Melayu. Dia sudah mampu membaca akhbar dan buku-buku sekolahnya dengan baik.

Di sini video Fahmy membaca Bacalah Anakku, Buku 8 pada umur 11 tahun.

Sekarang Fahmi sedang belajar membaca bahasa Inggeris menggunakan Readeasy Phonics dengan Cik Ani. Fahmi dapat membaca sehingga Book 8 Readeasy Phonics dalam masa 15 jam sahaja. Hebat! Tahniah Fahmi!

Kedua ibu bapa Fahmi, Encik Wan Faizal dan Puan Syahziyan sangat bersyukur dan gembira dengan pencapaian Fahmi ... From zero to HERO!

Harapan mereka dan juga saya berilah peluang anak-anak berkeperluan khas belajar membaca dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy. InsyaAllah dengan guru yang terlatih, buku bacaan yang sistematik dan kaedah yang efektif,  anak berkeperluan khas  juga mampu diajar membaca.

Kini 2016 Cik Ani berkongsi berita gembira. Wan Fahmi merangkul Anugerah Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2015.


Fahmy masih lagi mengikuti kelas membaca Cik Ani. Dia sedang mempelajari Readeasy Phonics INTERMEDIATE LEVEL. Kami bangga dengan kegigihan dan pencapaian Fahmi.


Cantikkan tulisan Fahmi! 

Keep going Fahmi! Reach for the stars!

Hubungi Readnetwork 03-41435440 untuk lokasi PhonicSmart Reading Centre yang terdekat dengan anda atau layari http://www.readnetwork.com/readnbaru/kelas.html

No comments:

Post a Comment