Sunday, April 24, 2016

Salam Pengenalan!


Salam pengenalan daripada kami, Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad, penulis bersama Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics Early Reading Series.






Kini 2016 - sudah hampir 30 tahun, saya dan suami berkongsi ilmu dan pengalaman bagaimana mudah mengajar anak kecil membaca dengan Bacalah Anakku  dan seterusnya Readeasy Phonics(2001) menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi.

Edisi 1 Bacalah Anakku diterbitkan pada tahun 1996.

Sudah ribuan kanak-kanak berjaya membaca pada usia awal. Banyak juga murid-murid pemulihan, linus tegar dan anak-anak istimewa seperti disleksia, ADHD, ADD dan autistik ringan dapat membaca dengan kaedah ini juga. 
Pengalaman kami sendiri mengajar anak-anak kecil membaca sangat luarbiasa. 
Ada yang berjaya belajar membaca dalam masa 24 jam contact hours. Ada yang mengambil masa 18 jam. Paling hebat anak 5 tahun lancar membaca dalam masa 15 jam. 

Ibu bapa yang mengajar anak sendiri membaca juga sering kali berkongsi cerita demgan kami kejayaan mereka mengajar anak sendiri. Ada yang dalam masa sebulan, ada yang dalam dua bulan. 
Ada yang berjaya membaca Readeasy Phonics Beginner Level dalam 2 hari kerana sudah pandai membaca demgan fonik Bacalah Anakku.

Oleh itu blog ini kami dedikasikan kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah berjaya mengajar anak-anak kecil membaca.   Harapan kami kisah-kisah kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain dan guru-guru yang baru ingin mengunakan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku & Readeasy. 

LITERASI bukanlah satu anugerah, ia adalah HAK setiak anak.

Kongsikan Amazing Stories anda bersama kami.
Sila emel ke nikeliani2013@gmail.com