Tuesday, June 14, 2016

One In A Million - Cikgu Mas


CIKGU MASTURAH A. LATIB, Tabika KEMAS Kangkar Tebrau, JOHOR.
She has done and shared so much ever since she fell in love with phonics. 
- sedut, hadam ilmu fonik berkali-kali tanpa mengenal jemu dengan menggunakan duit pocket sendiri. 
- gigih mengajar murid-murid kelasnya membaca dengan fonik. 
- memulakan group whatsapp ibubapa murid  kelasnya untuk berkongsi ilmu fonik. 
- memulakan group whatsapp We 💖 Phonics untuk guru dan ibu bapa  berkongsi  ilmu fonik. 
- berkongsi tips dan video pengajaran & pembelajaran di Media sosial. 
- mengajak sahabat guru Tabika KEMAS yang lain menggunakan fonik. 

Ini kisahnya...
Saya Cikgu Mas daripada Johor masih baru dalam kaedah fonik. Mula menggunakan fonik tahun lepas 2015... Mendapat semangat dan inspirasi dari sahabat saya CIKGU IKA pada 2014 rasa sangat teruja dan SENTAP bila melihat video-video bacaan anak murid yang telah di muat naik oleh beliau di laman FB. Bukan sahaja lancar bm, malah bi juga.

Fed up mengajar menggunakan kaedah lama almost 4 tahun dan hampir give up untuk terus berada dalam bidang pendidikan, saya bangkit dan kembali bersemangat dengan niat dan tekad, Allah temukan saya dengan Tuan Haji Othman pada Feb 2015, ketika kursus intensif Bacalah Anakku & Readeasy Phonics selama 2 hari di johor. Masa tu belum kenal Puan Nik lagi... Saya bersama 7 org lagi sahabat KEMAS area Johor mengikuti kursus tersebut.


Dengan keyakinan yang ada, habis jer kursus saya terus ambil langkah pertama bersama parents mulakan kaedah fonik di kelas. Alhamdulillah, mula feb, 2 bulan selepas itu anak2 didik saya menunjukkan peningkatan yang positif dalam pengenalan bunyi dan juga bacaan. Saya betul-betul teruja dan terus tanam tekad serta kembali bersemangat dalam mendidik anak2 menggunakan kaedah fonik. YES!!! PHONICS .... 

    Mengecat bunyi 'a' dengan jari.
    Murid Tabika KEMAS Kangkar Tebrau. 

Sedang sarat sarat mengandung, pada mei 2015 saya mengikuti kursus intensif Bacalah Anakku Readeasy yang ke dua kalinya di Setapak, Kuala Lumpur. Di sinilah pertemuan bermakna saya dengan sifu yang amat-amat saya kagumi. Seorang yang sangat HUMBLE dan tidak lokek dengan ILMU. Masyallah... Dia lah Pn Nik Eliani. Sangat-sangat friendly dan sangat-sangat baik. Baru jumpa tapi rasa macam dah lama kenal. And starting from there, saya berguru dengan beliau hanya melalui alam maya. Banyak nasihat dan tunjuk ajar serta guideline yg diberi dalam memastikan saya lebih mantap dan lebih mendalami serta memahami ilmu fonik.

Dan ini la saya sekarang, berdiri pada usaha dan tekad dengan sokongan rakan2 fonik. Permulaan yang amat getir apabila ditentang oleh segelintir sahabat KEMAS, namun dengan nasihat dan sokongan positif, saya teruskan juga.

Alhamdulillah, daripada 7 org, pada bulan 11, seramai lebih kurang 60 orang guru kemas menyertai kursus intensef Bacalah Anakku Readeasy di Johor Bahru sekali gus kursus saya yang ke 3 untuk tahun 2015. 

    Liputan akhbar oleh Harian Metro. 

   Pengajaran mikro Kurusu Intensif Bacalah Anakku.

    Peserta Kursus Intensif Bacalah Anakku yang majoritinya adalah rakan guru Cikgu Mas & 
    Cikgu Ika.
    

Hendak seribu daya.. Usaha, semangat tawakkal dan niat,InsyaAllah ... ada jalan. Niat saya hanya satu, memajukan dan memberikan pembelajaran yang bermakna dan terbaik untuk anak-anak syurga. 

Sekian, sedikit kisah perjalanan hidup saya sepanjang berfonik!!!! 😘😘😘😘

If you want to be a successfull person, be positive!!!
Cikgu Masturah A. Latib
Bakal Lisensi Phonicsmart Reading Centre. 

Terima kasih Cikgu Mas di atas segala perkongsian.
Video Cikgu Mas di Youtube


Monday, June 13, 2016

Cikgu Ika Guru Hebat Fonik KEMAS

Cikgu Ika @ Nur Atikah Ishak
FB/Cikgu Ika

Gegar fonik di tabika-tabika KEMAS 2015 - 2016 kerana perkongsian daripada Cikgu Ika, Tabika KEMAS Jengka 8. 
Ini cerita luar biasanya. 
Saya mula mengajar di Tabika KEMAS Jengka 8 sejak awal 2010.
2 tahun mengajar budak dengan kaedah mengeja, tidak ramai yang menguasai bacaan dan menulis dengan baik. Subject English apatah lagi. Rasa bersalah yang teramat sangat terhadap anak2 didik ketika itu. Sehingga 2012 saya hantar anak 4 tahun ke tuition swasta..untuk sekodeng kaedah baca sebenarnya. 😊

Di pusat tuition anak saya diajar gunakan buku ********. Memang cepat boleh. Fonik juga.
Saya cuba contact syarikat buku ******** utk kursus ditolak dgn mentah sebab tak boleh join secara individu, mesti under ngo dll. Hai susahnye nak beri ilmu..walaupun saya sanggup bayar berapa pun pada ketika itu.

Saya tetap mengajar anak murid sy guna ********  dengan fotostat buku anak saya tadi. Tapi tak puas hati lagi, sebab english tak usik apa-apa lagi. Anak murid saya hanya menguasai Bahasa Melayu sahaja.

Tiba-tiba terpandang iklan di fb. Kursus Asas BACALAH ANAKKU/READ EASY 1 di Kuantan. Pergi la sorang-sorang kursus tu. Saya sorang je cikgu Kemas, kebanyakan peserta lain terdiri daripada guru tadika swasta. Pastu tak puas hati lagi saya pergi kursus  Intensif di KL dengan duit poket sendiri. Dua kali lagi nak bagi mantop!!

Balik-balik nekad nak pakai buku ni. Dan MasyaAllah ternyata mmg BERKESAN!!  

Saya mampu mengajar 2 bahasa sekaligus dengan mudah. Sejak dari tu murid bertambah dari 18 cecah 30 org 1 kelas. Alhamdulillah. Saya cuba untuk yakinkan beberapa rakan untuk gunakan kaedah yang sama dengan menganjurkan kursus pertama kali di Jengka. Hampa sedikit dengan sambutan tapi masih tidak berputus asa. Sehinggalah kali kedua anjurkan kursus dan kali ini bersama dengan sokongan jabatan, ALHAMDULILLAH BERJAYA!  Saya upload video bacaan anak didik di FB untuk bagitau dunia. INILAH KAEDAH YANG TERBAIK!!

Puan Nik Eliani selaku penulis buku, sangat merendah diri dan amat mudah didekati. Tidak lokek curah ilmu bila saya tidak faham sesuatu. Rezeki saya bertemu dengan orang sehebat beliau. 
 
Jadi bila berkehendakkan ilmu jangan kedekut dan berkira, dan jangan banyak alasan juga.. sbb anak yg kita didik akan guna ilmu yg kita beri, membaca dan menulis sepanjang hidup dia. Selama itulah Allah alirkan pahala buat kita, InsyaAllah. 

SEKIAN. 

CIKGU IKA,
JENGKA PAHANG.

Video murid Cikgu Ika di Youtube

From Zero To Hero : Anak Istimewa Wan Mohd Fahmi


WAN Muhammad FAHMI, 13 tahun pelajar Kelas pendidikan Khas, SMK CHERAS JAYA.
Wan Fahmi anda HERO! Sudah pasti kegigihan anda akan menjadi INSPIRASI bagi pelajar-pelajar lain, terutamanya pelajar keperluan khas. Anda juga bertuah mendapat ibu bapa yang tidak kenal erti berputus asa. Ibu bapa yang sentiasa menyokong anda. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada Wan Fahmi, kedua ibu bapanya Encik Wan Faizal dan Puan Syahziyan kerana mengizinkan saya berkongsi cerita putera mereka. 



Wan Fahmi dilahirkan secara pembedahan kerana komplikasi lemas semasa dalam kandungan. Fahmi membesar seperti kanak-kanak lain. Dia menghadiri tadika dan sekolah rendah biasa.
Walau bagaimanapun, sehingga umur 11 tahun, Fahmy masih belum pandai membaca.

Atas nasihat seorang guru, ibunya, Puan Syahziyan, menghantar Fahmi ke Kelas Cepat Membaca Cik Ani, di Taman Rakan, Cheras.


Pn Rohanie Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani, berpengalaman mengajar kanak-kanak kecil membaca menggunakan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku untuk bahasa Melayu dan Readeasy Phonics untuk bahasa Inggeris di bawah program perlesenan PHONICSMART.

Beliau juga diminta mengajar murid-murid corot Sk Taman Rakan, Cheras, membaca oleh Pn Hoe Yoke Mei ,  guru Besar ketika itu. InsyaAllah di entri akan datang akan saya ceritakan pengalaman dan kejayaan Cik Ani.

Wan Fahmi mula mengikuti Kelas Membaca Cik Ani ketika di Tahun 5. Pada masa itu Fahmi hanya kenal nama-nama huruf abc dan mampu 'menulis' ( menyalin semula perkataan ). Cik Ani mengajar Fahmi bunyi-bunyi huruf dan membaca dengan menggabung bunyi. Fahmi juga diajar menulis pada masa yang sama. Fahmi menghabiskan buku 1-8 Bacalah Anakku dalam masa 36 jam. Cik Ani kagum dengan dedikasi Fahmi yang luar biasa dan sokongan keluarganya yang berterusan. Itulah resepi kejayaan!

Walaupun pun sudah tamat dan mampu membaca namum Fahmi meneruskan kelas dengan Cik Ani sehingga sebelum UPSR, supaya lebih lancar membaca dan boleh menulis dengan lebih baik. Pada masa itu juga Fahmi  dimasukkan ke Kelas Pendidikan Khas.

Kini Fahmi sudah lancar membaca bahasa Melayu. Dia sudah mampu membaca akhbar dan buku-buku sekolahnya dengan baik.

Di sini video Fahmy membaca Bacalah Anakku, Buku 8 pada umur 11 tahun.

Sekarang Fahmi sedang belajar membaca bahasa Inggeris menggunakan Readeasy Phonics dengan Cik Ani. Fahmi dapat membaca sehingga Book 8 Readeasy Phonics dalam masa 15 jam sahaja. Hebat! Tahniah Fahmi!

Kedua ibu bapa Fahmi, Encik Wan Faizal dan Puan Syahziyan sangat bersyukur dan gembira dengan pencapaian Fahmi ... From zero to HERO!

Harapan mereka dan juga saya berilah peluang anak-anak berkeperluan khas belajar membaca dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy. InsyaAllah dengan guru yang terlatih, buku bacaan yang sistematik dan kaedah yang efektif,  anak berkeperluan khas  juga mampu diajar membaca.

Kini 2016 Cik Ani berkongsi berita gembira. Wan Fahmi merangkul Anugerah Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2015.


Fahmy masih lagi mengikuti kelas membaca Cik Ani. Dia sedang mempelajari Readeasy Phonics INTERMEDIATE LEVEL. Kami bangga dengan kegigihan dan pencapaian Fahmi.


Cantikkan tulisan Fahmi! 

Keep going Fahmi! Reach for the stars!

Hubungi Readnetwork 03-41435440 untuk lokasi PhonicSmart Reading Centre yang terdekat dengan anda atau layari http://www.readnetwork.com/readnbaru/kelas.html

Wednesday, June 8, 2016

From Hero To Zero: Murid LINUS Anak Keturunan Iban



Sylvester Beliang AK Ngelambong
Pelajar Tahun 2 SK Pengkalan Lobang, Mukah, Sarawak
Guru: Cikgu Saini @ Syameer Irsyan (Guru Pemulihan)
Pada tahun lepas 2014, Sylvester melangkah ke Tahun 1, ZERO, tanpa menghadiri pra sekolah. Maklumlah rumahnya di pedalaman Mukah. Murid-murid sekolah SK Pengkalan Lobang tinggal di asrama sekolah. 
Daripada Januari sehingga April 2014, Sylvester diajar membaca menggunakan kaedah biasa, iaitu kaedah mengeja. 

Pada saringan 1 LINUS, 1 April, Sylvester hanya mengenali 6 huruf abjad. 
Selepas saringan 1, Sylvester dihantar ke kelas pemulihan Cikgu Saini@Syameer. 

Cikgu Saini@Syameer mula mengajarnya membaca menggunakan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku bermula Mei.  

Menurut Cikgu Saini@Syameer, Sylvester dapat mengenal hampir kesemua bunyi-huruf dengan mudah dalam masa 3 hari sahaja melalui TEKNIK ASOSIASI. 
    Teknik Asosiasi main tembak-tembak t t t untuk bunyi /t/.

    Teknik Asosiasi ulat berjalan u u u untuk bunyi /u/.

Teknik Asosiasi lumba keretan n n n untuk bunyi n/.

Pada bulan Julai, Sylvester sudah lancar membaca dan mampu juga menulis dengan kemas dan cantik. 

Januari 2015, Sylvester dikeluarkan daripada kelas pemulihan dan dimasukkan ke kelas Tahun 2 arus perdana. Menurut Cikgu Saini@Syameer, bacaan Sylvester jauh lebih baik daripada murid-murid lain yang diajar membaca dengan kaedah mengeja. 

SYLVESTER BELIANG, from ZERO to HERO kerana kegigihan gurunya,Cikgu Saini@Syameer Irsyan, yang sebenarnya HERO di dalam kisah ini. 
Terima kasih cikgu! 

    Cikgu Saini @ Syameer #tokohgurufonik #guruhebatfonik

Kesemua foto ihsan daripada Cikgu Saini@Syameer Irsyan.


Sunday, April 24, 2016

Salam Pengenalan!


Salam pengenalan daripada kami, Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad, penulis bersama Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics Early Reading Series.






Kini 2016 - sudah hampir 30 tahun, saya dan suami berkongsi ilmu dan pengalaman bagaimana mudah mengajar anak kecil membaca dengan Bacalah Anakku  dan seterusnya Readeasy Phonics(2001) menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi.

Edisi 1 Bacalah Anakku diterbitkan pada tahun 1996.

Sudah ribuan kanak-kanak berjaya membaca pada usia awal. Banyak juga murid-murid pemulihan, linus tegar dan anak-anak istimewa seperti disleksia, ADHD, ADD dan autistik ringan dapat membaca dengan kaedah ini juga. 
Pengalaman kami sendiri mengajar anak-anak kecil membaca sangat luarbiasa. 
Ada yang berjaya belajar membaca dalam masa 24 jam contact hours. Ada yang mengambil masa 18 jam. Paling hebat anak 5 tahun lancar membaca dalam masa 15 jam. 

Ibu bapa yang mengajar anak sendiri membaca juga sering kali berkongsi cerita demgan kami kejayaan mereka mengajar anak sendiri. Ada yang dalam masa sebulan, ada yang dalam dua bulan. 
Ada yang berjaya membaca Readeasy Phonics Beginner Level dalam 2 hari kerana sudah pandai membaca demgan fonik Bacalah Anakku.

Oleh itu blog ini kami dedikasikan kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah berjaya mengajar anak-anak kecil membaca.   Harapan kami kisah-kisah kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain dan guru-guru yang baru ingin mengunakan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku & Readeasy. 

LITERASI bukanlah satu anugerah, ia adalah HAK setiak anak.

Kongsikan Amazing Stories anda bersama kami.
Sila emel ke nikeliani2013@gmail.com